Wednesday, September 16, 2009

Saya Kenal Dia

Saya kenal dia, dekat belog dia rasa nya. Saya pun tak ingat. Sama ada dia datang belog saya, jerit dekat shoutbox. Atau saya yang sebaliknya.

Mana-mana pun tak ada beza. Sebab ianya telah ditakdirkan untuk saya dan dia berkenalan.

Perkenalan dari belog, hingga membawa ke fesbuk(www.facebook.com) hingga ke telepon. Secara jujurnya, kami tak pernah berjumpa. Hanya berkenal secara maya.

Sepanjang saya berkenalan dengan dia, saya rasa dia mempunyai beberapa persamaan dengan saya. Pertama, kami dilahirkan bulan September dan kedua, Kami dilahirkan di Terangganu. Of kos la, saya dan dia tak sama tempat. Dia dekat J dan saya dekat KT. Ops. Kantoi pulak. Dia tak suka makan kari dan saya suka makan kari. Okeh. Itu bukan persamaan. Itu perbezaan.

Saya tak tahu nak cerita apa lagi, sebenarnya. Tapi saya anggap dia pelik. Sebab tak suka makan kari. Padahal kari la sedap. Udang tak sedap.

Huhu. Okeh la. Nanti saya update lagi.

Monday, September 14, 2009

Pokok Hati

Cebisan kain yang dipotong, dibentukkan bentuk hati. Kemudian cebisan kain itu digantung pada pohon pokok hati.

Farhana selalu buat itu. Dengar cerita dari kawan-kawan, kalau seseorang itu selalu buat pokok gantung cebisan kain berbentuk hati, buat dalam 10 batang; Pari-pari cinta akan datang dan berikan satu cinta yang kekal abadi.

Farhana teruja dengar cerita itu.
Jadi, dia selalu bikin pokok itu.

Hari-hari.
Dua batang sehari.

Masuk hari ke 5, lengkap lah 10 batang pokok hati. Maka bermula proses menanti pari-pari.

Hari pertama, sudah siap 10 batang. Farhana tunggu, tapi Pari-pari tak muncul.Hari kedua, sudah siap 10 batang. Farhana tunggu, tapi Pari-pari tak muncul. Hari ketiga, tak muncul. Hari keempat, tak muncul. Hari kelima,keenam dan ketujuh dan seterusnya. Masih tak muncul.

Dan buat Farhana jadi malas nak menunggu dan tertunggu-tunggu. Kemudian tak lagi percaya kepada pari-pari cinta. Padahal, jauh dalam sudut hatinya, mahu percaya.

Hinggalah ke satu hari, bila Farhana baru sudah jahit baju kalis cinta. Dia tersentak. Ada satu lembaga misteri kelihatan, sedang bermain dengan pokok-pokok hati nya.

Pada mulanya, Farhana terkejut. Lama kelamaan, dalam beberapa saat, dia teringat akan perihal pari-pari cinta dan pokok hati. Dia mula senyum dan hatinya mula berbunga kembali.

Pokok-pokok hatinya turut berbunga.

Sunday, September 13, 2009

Blog untuk Farhana

Blog ini dibuka bertujuan untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Farhana. Sepanjang minggu ini saya akan menulis beberapa cerpen, ulasan, review mengenai beliau.

Jadinya, testing-satu-dua-tiga.

Blog bermula :)